Bebelan Di Tengah Malam (2)

Tangan ini sibuk pula nak menaip sedangkan mata pun sudah mengantuk. Sofea baru sahaja melelapkan mata. Nyenyak betul dia tidur.

Pertama kalinya Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang sentiasa meriahkan blog ini dan mengucapkan tahniah kepada Mia. Beberapa hari ini, Mia asyik update blog tentang konvokesyen ke 13 OUM sahaja. Terasa kalau boleh semua paper atau pun akhbar online nak Mia simpan dalam blog, tapi cuma dapat masukkan mana yang sempat. Bukannya apa, sebagai kenangan di masa hadapan. Harap janganlah boring ya...

Selepas ini semuanya akan kembali seperti biasa. Mia akan cuba blogwalking seperti biasa. Jangan serik untuk datang sini lagi, Mia memang benar-benar sibuk dalam seminggu ni. Memang betul-betul tak sempat nak balas kunjungan. Jangan kecil hati ya..

Tiba-tiba pula, terasa blog ini dah jadi pakar rujuk dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar OUM lain supaya boleh mengikut jejak langkah Mia. Syukur, alhamdulillah. Ada gunanya juga blog ini untuk tujuan khidmat masyarakat. Walaupun sumbangan Mia ini kecil, tetapi sedikit sebanyak dapat juga membantu mereka yang ada di luar sana tu.

Minta maaf kepada blogger yang tag Mia untuk segmen ataupun ajak Mia join segmen atau GA. Mia minta maaf sebab tidak dapat support buat masa ini. Ini pun belum sempat habis blogwalking ke blog peserta segmen dan GA yang Mia join sebelum ini. Komitmen kena ada kalau dah join segmen ni...

Lepas ni, Mia nak mulakan review blog untuk pemenang Segmen Follow dan Blogwalking tempohari dan menyiapkan banner untuk Segmen Banner Gift. Tentu tidak sabar bukan? Mia buat pun secara santai-santai... 

Hmmm... cepat betul masa berlalu. Tirai tahun 2012 hampir melabuhkan sayapnya. Banyak kenangan terindah pada tahun ini. Syukur, alhamdulillah....

p/s: sekadar luahan...