Review Pemenang #5 : Hatimi

Hatimi, blogger baru yang sangat mesra orangnya. Followernya pun baru seratus lebih. Sungguh pun begitu, Hatimi berani menampilkan diri dan pandai mencari kawan blogger. Suka Mia tengok kegigihannya dalam dunia blog ini.

Jom kita tengok apa yang mencuit hari Mia dalam entri penyertaan Hatimi ni...


Apa Yang Menarik Perhatian Aku di www.mialiana.com?
Sebenarnya aku ingin "mencuri" ilmu Pn. Mia dalam segala aspek termasuk penulisan, interaksi beliau dengan para pengunjung dan tidak lupa juga teknik untuk mendapatkan search traffic, kerana blog beliau dapat menarik 50% pengunjung dari enjin carian setiap bulan....(inilah blog SEO sebenar). Tetapi setakat ini aku banyak menjadi "ninja" dari "samurai" apabila berada di sana...hihi.

Hmmm... nampak gambar tagline smile..smile..smile... yang ada banyak muka dan juga jawapan Hatimi yang lain dari blogger lain iaitu ada sebut SEO. Mia suka jawapan ini. Sebenarnya, entri biasa pun boleh jadi SEO kalau kena pada gayanya. Terima kasih ya Hatimi selalu singgah blog Mia.

p/s: jom ramai-ramai support Hatimi.. kita follow blog dia...