Kisah Masa Newbie : Letak Banyak Widget Di Side Bar Blog

Bila teringat masa mula-mula buat blog ini, masa itu kalau pergi blog orang lain, letak widget baru ataupun yang menarik di side bar blog, cepat-cepat pergi letak atau pasang terus kat blog sendiri juga. Mentang-mentang masa itu layout blog guna 3 column. Maka banyaklah widget yang diletaknya. Tamak betul. Kalau boleh semua benda nak diletaknya di laman utama blog. Syok sendiri..

Masih ingat lagi, antara widget yang Mia letak ialah Live Traffic Feed, Shoutbox, Google Friend Connect, Mister Linky's Magical Widgets, Popular Posts, Profile, Recent Comments, Google Translate, Date/Clock dan Image. Ditambah pula dengan ruang sewa iklan lagi. Blog memanglah berat. 

Masa itu, kawan blogger pun tidaklah ramai. Sendiri belajar perlahan-perlahan sambil baca blog-blog yang dah famous dan berjaya. Lama-lama kelamaan barulah tahu, tidak semua widget boleh berada di blog. Pengunjung boleh rimas dan tidak selesa. Nak baca entri pun tidak senang. Sebab itu Mister Linky's Magical Widgets, Mia telah asingkan ke page lain di SINI. Widget Profile dan Image (paparan gambar kisah kejayaan) dimasukkan ke page About Me. Widget Top Commentators pula Mia pindahkan ke Carta Pengkomen Tegar. Layout blog juga telah bertukar kepada 2 column.

Sekarang ini hanya widget-widget yang penting sahaja yang kekal di side bar blog. Itupun kalau ada yang tidak perlu, akan dibuang juga kelak. Tapi buat masa sekarang, ini sahaja yang perlu. Widget shoutbox masih lagi dikekalkan, sebab kalau tak ada terasa tidak meriah pula blog ini. Kalau blogger yang suka blogwalking, tentu blognya ada shoutbox, betul tak?

Secara ringkasnya, blog menjadi ringan, simple dan kemas serta tidak serabut bila tidak letak banyak widget. Biar sedap mata memandang... Mood pengunjung juga pun harus dijaga supaya akan berkunjung lagi ke sini.

p/s: dulu tak tahu.. sekarang dah tahu...