1 MILLION WOMEN PURPLE WALK

Petang semalam, Mia terima surat arahan yang Mia ini salah seorang daripada 90 rakan sekerja yang dilantik untuk menjadi AJK di peringkat jabatan Mia untuk MAJLIS PELANCARAN 1 MALAYSIA KOMUNITI PERWANI & 1 MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013 yang akan diadakan pada hari Ahad, 17 Mac 2013. Agensi dan Jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia diwajibkan terlibat untuk majlis ini.

klik pada gambar untuk besarkan

Nama Mia dah naik haruslah pergi walaupun hati berat sebab kena pergi pada hari esok, 16 Mac 2013 ke Kuala Lumpur. Mulalah sibuk memikir baju t-shirt dan tudung warna purple. Lega, nasib baik ada. Sebagai AJK, kami dikehendaki menjadi petugas makanan untuk khemah VIP sempena Program 1 Million Women Purple Walk  di Dataran Putrajaya di mana program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Setakat yang diarahkan, Mia akan jadi petugas, tapi tidak tahulah bila dah sampai sana kot-kot bertukar jadi peserta. Seronok juga dapat "walk" beramai-ramai. Rasa akan lebih meriah gitu...

Aturcara Majlis / Program

6.20 pagi
- Berkumpul di Wisma Tani Putrajaya untuk solat subuh dan sarapan.

6.30 pagi
- Petugas akan bergerak ke khemah VIP untuk memulakan tugas.

7.00 pagi
- Peserta bergerak ke checkpoint yang akan ditentukan untuk permulaan program walk

8.00 pagi
- Peserta 1 Million Women Purple Walk berkumpul

8.30 pagi
- Senamrobik

8.50 pagi
- Ketibaan dif-dif kehormat

9.00 pagi
- Flag off peserta 1 Million Women Purple Walk oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

9.20 pagi
- Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YABhg Puan Sri Datin Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman

9.30 pagi
- Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor

9.40 pagi
- Peserta tiba di Garisan Penamat Pentas Utama
- Nyanyian lagu Negaraku & Nyanyian Lagu 1 Malaysia
- Bacaan doa

9.50 pagi
- Ucapan Pelancaran 1 Malaysia Komuniti PERWANI oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
- Gimik Pelancaran 1 Malaysia Komuniti PERWANI

10.20 pagi
- Makan bersantai YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor bersama Komuniti PERWANI
- Persembahan Artis/Kebudayaan

10.45 pagi
- YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor meninggalkan majlis
- YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YABhg Puan Sri Datin Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman meninggalkan majlis
- Majlis bersurai

Setakat ini, inilah aturcara program yang Mia terima semalam. Tidak dapat bayangkan betapa sibuknya nanti...

saya yang menurut perintah...