Alhamdulillah... sudah ada ramai blogger yang sudi menjawab pertanyaan Mia dan berkongsi perasaan di dalam SINI. Mia rasa syukur sangat sebab sudah melepasi target Mia ialah 50 orang. Mia amat galakkan penyertaan seramai mungkin.

Kesemuanya ada 10 jawapan dan boleh jawab lebih daripada 1. Mana-mana jawapan boleh diterima. Tiada yang salah pun. Sebab terkadang kita teringin juga nak tahu perasaan pengunjung. Perasaan yang dimaksudkan tidak semestinya berkaitan dengan blog ini, malah boleh juga tentang diri sendiri. Mungkin sebelum itu, ada bertengkar dengan rakan ke... selepas itu datang ke blog ini. Sudah tentu perasaannya moody dan menyampah. Lebih kurang macam itulah...

Jadi, kepada sesiapa yang teringin nak join, sudi-sudikanlah diri klik SINI. Masih sempat lagi sehingga 11.59 malam ini.

Kepada yang telah pun join, Mia ucapkan ribuan terima kasih dan entri khas akan dikeluarkan esok beserta keputusan soalan perasaan ini.

jangan stres ya jawab soalan ini...