Bebelan Di Waktu Pagi

Sempat pula membebel sekejap pagi ini. Agak letih sedikit balik dari outstation petang semalam. Tapi Mia nak santai-santai sahaja sambil membebel ini.

Dah bersedia ke belum ini? Dalam masa terdekat, Mia akan buat satu segmen yang cukup simple bagi memudahkan Mia blogwalking dan belek blog peserta segmen. Masa inilah Mia nak kenal dengan lebih dekat lagi. Belum diputuskan berapa lama dan bila segmen ini akan dimulakan...

Pencarian protege seterusnya? Mia belum kenalpasti blog-blog mana yang berkenan di hati. Tapi dalam sebulan ini mungkin akan jumpa blogger yang berpotensi cerah untuk dididik. Susah nak cari yang betul-betul ada komitmen, boleh online dan sanggup belajar benda baru. Prestasi blog Protege yang pertama pun hampir mencapai target Mia. Rasa tak sabar nak umumkannya.

Blog ini? Seperti biasa, blog ini walau sibuk mana pun Mia akan cuba update sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan seelok-eloknya 3 kali sehari secara konsisten. Itu azam Mia pada tahun ini. Nampaknya masih lagi boleh dilaksanakan.

Ranking Alexa? Alhamdulillah... semakin hari semakin meningkat prestasinya berkat sokongan daripada semua. Begitu juga dengan blog Protege. Terima kasih ya sudi support Mia selama ini.

Nampaknya itu sahajalah yang nak dibebelnya pagi ini. Salam sayang dan rindu daripada Mia...

ceriakan senyuman di pagi hari....