Dapat Doodle Daripada Deno

Salam ceria di pagi Jumaat. Pagi-pagi lagi dah dapat berita gembira. Rupanya awal pagi tadi Deno ada inbox facebook Mia dan hadiahkan doodle family yang sangat sweet untuk Mia, Suami Mia dan Sofea. Terima kasih ya Deno. Love you so much!!!

Katanya sebagai tanda terima kasih pada Mia sebab bantu selesaikan masalah blognya tempohari. Ada dinyatakan di entri SINI dan SINI. Mia tolong pun ikhlas. Tidak pun mengharapkan apa-apa balasan. Lagipun kita ni kan dalam komuniti blogger. Kita tolong orang, mana tahu esok kita susah, ada orang nak tolong kita.

tersenyum lagi...