Pelbagaikan Entri Di Blog

Terus-terang Mia katakan yang Mia lebih suka pada blog yang mempunyai pelbagai entri di dalam blognya sama ada kisah peribadi, keluarga, kerja, belajar, cinta, kejiranan, binatang kesayangan, segmen/giveaway/contest, SEO, persekitaran dan minat.

Memang kadang kalau Mia datang ke satu-satu blog itu selalunya Mia akan pergi ke ruangan Archive / Arkib dan belek-belek entri mana yang sesuai untuk dibaca. Tentulah kita nak baca mana yang kita suka. Kadang ada entri yang kita tidak minat nak baca, hanya nak tengok sahaja pun ada. Tidak dinafikan lagi, kita selalunya akan mudah tertarik dengan gambar. Mood akan jadi ceria.

Cadangan Mia, untuk lebih meriahkan blog, kita selang-selikan entri yang pelbagai. Jangan satu jenis entri sahaja sampai pengunjung pun boleh boring. Cubalah ambil mood pengunjung. Pelbagaikan entri supaya blog kita nampak menarik. Contohnya entri pagi tadi, entri makan. Selepas buatlah entri SEO. Kemudian sebelah malam, buat entri keluarga. Terpulang nak yang macam mana. Tapi kenalah sesuaikan dengan identiti blog kita. Kalau blogger personal, sedikit sebanyak tentulah kena ada cerita tentang personal, tidak kisahlah entri apa pun. Boleh jadi entri masakan, kerja di pejabat atau hal keluarga.

Apa yang ingin sampaikan di sini. Apabila blog kita mempunyai pelbagai entri secara tidak langsung kita akan mempunyai pengunjung yang pelbagai juga sama ada berlainan status, jantina, umur dan agama.

Setiap entri ada keunikan dan mesejnya sendiri. Pandai-pandailah kita mengolahnya. Gaya penulisan dan gambar juga memainkan peranan penting. Boleh jadi entri pendek. Boleh jadi juga entri panjang. Boleh jadi entri bergambar. 

cubalah ya nanti...