Prestasi Didikan Protege Sudah Mencapai 95%

Tentu nak tahu kisah protege Mia sekarang, kan? Sungguhpun Mia sibuk dengan urusan kerja namun Mia tidak pernah abaikan Protege.

Protege masih menyiapkan assignment terakhir yang memang begitu berat sedikit. Kalau semangat tak kuat dan tidak cekap menguruskan masa memang lambatlah siap. Dah 2 minggu masih belum siap lagi disebabkan kekangan kerja Protege dan komitmen kepada keluarga.

Diakui memang Mia agak teliti orangnya. Mia pun faham dengan keadaan Protege dan juga cabaran yang dihadapi semasa menyiapkan assignment terakhir ini. Jangan risau Mia tidak sebegitu. Masih rasional.

Dalam pada masa yang sama, prestasi blog Protege makin meningkat dari sehari ke sehari melalui trafik dan ranking Alexa. Konsisten dengan aktiviti harian dan mingguan.

Garang ke Mia ni? Eh! Mana ada. Mia suka sebab berjaya disiplinkan Protege dengan cara Mia sendiri. Nak berjaya, tidak mustahil. Tapi kenalah ada usaha. Motivasi dan sokongan penuh diberikan pada Protege. Didikan telah pun hampir selesai, sudah mencapai 95%.

Harapan Mia agar Protege dapat ikut jejak Mia. Doakan Mia ya...

rasa tidak sabar menunggu Protege menyiapkan assignment terakhirnya....
Published with Blogger-droid v2.0.6