Protege Hampir Selesai Dididik

Dah nak hampir sebulan Mia mendidik Protege Mia.  Mia nampak potensinya agak cerah jika dibentuk dengan betul. Teringat lagi masa mula-mula dahulu, masa Protege baru mendapat didikan. Tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Boleh atau pun tidak? Mia cuma kata kalau usaha pasti akan boleh. Kalau tidak bersungguh-sungguh tentu tidak akan sampai ke tahap yang sekarang ini, ranking Alexa Global 150,000 dan Malaysia 650.

Selepas tamat pengajian jarak jauh di OUM tahun lepas, Mia teringin nak naikkan ranking dan prestasi blog ini. Mia banyak membaca dan belajar sendiri daripada artikel-artikel ilmiah dan cuba aplikasikannya ke dalam blog ini. Ternyata berhasil. Ilmu itu juga Mia telah curahkan kepada Protege. Walaupun tidaklah sehebat mana namun ilmu itu sedikit sebanyak membantu protege berblog. Banyak teguran telah dibuat dan Protege menjadikannya sebagai batu loncatan untuk berjaya. Ekperimen menjadi mentor, Mia rasa hampir berjaya bila setiap hari prestasi blog Protege mencapai tahap yang Mia harapkan. Syabas diucapkan.

Protege telah berjaya melaksanakan assignment-assignment dalam Stage 1 dan Stage 2 dengan jayanya. Sekarang Protege berada di Stage 3, fasa terakhir didikan. Agak sukar sedikit dan memerlukan masa dan kekuatan mental untuk menyiapkannya. Kalau rajin dan ada masa memang akan siap dengan cepat. Diakui Protege juga agak sibuk dengan kerjayanya walaupun telah berkeluarga. Pengurusan masa yang cekap amat penting di Stage 3 ini.

Sepanjang tempoh ini, hubungan Mia dan Protege hanya melalui online. Kami belum pernah berjumpa pun dan hanya kenal melalui segmen suatu ketika dulu. Sejak mula kenal, Mia sentiasa baca entri-entrinya sehingga Protege mempunyai domain sendiri. Mia yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya, potensi dan kerajinannya telah memikat hati Mia untuk mengambilnya sebagai Protege Mia pada tahun ini.

Selepas selesai didikan Mia kepada Protege lagi seminggu dua ini, Mia ingin berehat dahulu dan nak tengok Protege Mia boleh atau tidak untuk berada di bawah ranking Alexa Global 100,000 dan Malaysia di bawah 500. Bulan Mac ini adalah bulan analisis dan pemerhatian untuk prestasi blog Protege. Semoga Protege dapat melaksanakan aktiviti harian, mingguan dan bulanan dengan berterusan. Ilmu yang dicurahkan jangan disia-siakan. Gunakan dengan bijaksana.

Terima kasih kerana sudi menjadi Protege Mia... keep in touch always..

sebak rasa hati ini.... tidak sangka sekejapnya masa berlalu...