Tahniah diucapkan kepada Bin Muhammad kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Bin Muhammad...

Keindahan Alam Semulajadi... Syurga Dunia

Terpesona pandangan dan mententeramkan jiwa. Keindahan yang sungguh mengasyikkan... membuat diri terpukau hingga tertawan hati dan perasaan.

Keindahan yang mengingatkan kita akan kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta yang menjadikan alam ini untuk kita diami dan nikmati.

relaks minda

Ketenangan hati penting untuk kita menetapkan pendirian, mengawal diri dan bertindak positif. Syaitan akan mudah menggoda dan menghasut jika hati tidak tenang. Hati yang tenang dan bersih akan dapat menyerlahkan keperibadian yang mulia.  Sentiasa ingat akan Allah... Berzikirlah...

pulau indah
  
Kehidupan kita di dunia ini sungguh singkat... Terlalu banyak masa hanya sibuk dengan kehidupan duniawi. Luangkan juga sedikit masa untuk beribadat. Janganlah sampai terlupa akan bekalan yang harus kita bawa untuk kita nikmati pula Keindahan di Syurga...

Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.

Bila buka sahaja entri ini di blog Relaks Minda, Mia betul-betul terasa tenang, nyaman dan sejuk apabila melihat koleksi gambar-gambar keindahan semulajadi yang begitu mengasyikkan buat santapan minda dan rohani.  Syurga dunia. Begitu besarnya kebesaran Allah.... 

terpegun dengan ciptaanNya....