Ronasutra Mineral Makeup - 2 In 1 Foundation and Powder

Ingat tak tempohari dalam entri SINI, Mia ada tanya bagus ke tidak bedak Ronasutra ini? Terima kasih kepada semua yang berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing.

Sebenarnya baru minggu ini Mia beli di Plaza Angsana. Harganya RM45.00. Jenis 03 natural buff. Mia baru sahaja pakai 2 hari, dan terasa ringan muka ini seolah-olah seperti tidak pakai bedak. Mia tidak berani nak tempek banyak-banyak sebab baru nak cuba-cuba gunanya. Mungkin sebab kali pertama menggunakan loose powder. Agak rasa janggal sedikit. Sebelum pakai bedak Ronasutra, Mia sapu krim pelembap dahulu ke muka.

Mia terpaut dengan banyak kelebihannya dan juga sesuai untuk kulit sensitif di samping 100% kandungan natural minerals.

Mana-mana bedak pun sama rasanya. Tetapi kalau rasa lebih sesuai dan selesa menggunakannya, apa salahnya kita mencuba.

biasalah wanita... suka mencuba bila ramai orang menggunakannya..

Entri berkaitan :
Bedak Ronasutra Mineral - Bagus Ke?