Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui Online Dan SMS

Bahang nak pilihanraya umum yang ke 13 ini sudah semakin terasa sangat. Sana sini dah terpacak bendera parti masing-masing. Jangan lupa untuk laksanakan tanggungjawab kita dengan memilih untuk mengundi. Sebelum itu, jom semak maklumat daftar pemilih kita..

Melalui Online

Minggu lepas, Mia buka laman web Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysia di http://www.spr.gov.my

Sempat Mia printscreen...

Ada dua pilihan sama ada untuk semakan individu atau keluarga.


Mia pilih Semakan Isi Rumah

Maklumat kami masih ada sama seperti dulu dan tidak berubah. Kami akan mengundi di Skudai.


Melalui SMS

Namun begitu, kemudahan SMS turut disediakan bagi memudahkan semakan dibuat secara mobile.

Semak Daftar Pemilih Melalui SMS

taipkan SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. IC 
dan hantarkan ke 15888


Semuanya senang dan mudah sekarang ini. Tidak macam dulu. Kalau nak ikuti perkembangan pilihanraya terkini bolehlah kita layari di portal rasmi PRU-13 (SPR) di http://www.pru13.gov.my

pernah bertugas sebagai kerani pengundian (undi pos) dalam pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 yang lepas.