Sofea Demam

Semalam petang masa baru nak balik kerja, tiba-tiba Mak Mertua call beritahu Sofea baru demam. Cepat-cepat Mia call Dr Ariffin tanya klinik homeopati tutup pukul berapa. Nasib baik pukul 7.00 malam. Keadaan petang semalam hujan yang lebat. Selepas ambil Sofea di rumah Mak Mertua terus Mia bergegas menuju ke  klinik tersebut di Pekan Francais MARA Pulai Perdana. Mia ada pernah ceritakan masa Sofea demam tahun lepas di SINI.

Keadaan jalan raya sesak semasa menuju ke Skudai. Bila hujan, jalan ada yang naik air, dan kenderaan harus bergerak perlahan. Cukup menduga kesabaran Mia.

Akhirnya sampai juga ke klinik homeopati tersebut dalam 6.20 petang dan Sofea diberikan dua botol ubat. Ubat yang pertama untuk setiap setengah jam dan ubat kedua untuk setiap 4 jam. 

Pukul 9.00 malam, Mia dan Suami Mia bawa Sofea urut satu badan kat rumah Kak Zah di Larkin. Ada salah urat sedikit. Nasib Sofea tidak meragam ketika diurut.

Satu malam tadi Mia dan Suami bergilir jaga Sofea sehingga ke pagi supaya tidak terlalu panas demamnya. Sentiasa basahkan kepala dan badannya dengan tuala.

wajah Sofea pagi tadi

Pagi ini Sofea dah beransur pulih. Dah suam-suam kuku panasnya. Mia pula terpaksa ambil cuti hari ini untuk pantau kesihatan Sofea. Cepat-cepat sembuh ya Sofea nanti boleh kita jalan-jalan...

sayang Sofea sangat-sangat....