Mia rasa cukup tersentuh dengan entri Mak Dara di SINI. Lebih-lebih lagi bila nampak gambar di bawah ini...


Sama-sama ya Mak Dara. Tahniah kerana dah berjaya berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Mak Dara adalah orang yang paling supportive dalam apa jua yang Mia cuba buat bagi menaikkan prestasi blog ini. Kami bertambah lebih rapat dan sekarang dah seperti adik-beradik.

Mia banyak lakukan try and error pada tahun lepas. Di kala Mia rasa macam tidak berjaya dan hampir putus asa, Mak Dara bagi sokongan dan kuatkan semangat Mia. Apa yang Mia tahu, Mia cuba juga di blog Mak Dara yang juga menggunakan platform blogspot seperti Mia. Jadi senanglah sedikit. Diakui memang Mak Dara terlalu sibuk dengan penulisan skripnya dan aktiviti untuk berblog yang agak terhad. Namun begitu, walaupun jauh di Kuala Lumpur, hubungan kami tetap mesra melalui blog, facebook, twitter dan instagram.

Hasil daripada try and error pada tahun lepas juga, Mia dapat simpulkan beberapa cara yang mudah untuk menaikkan ranking alexa bagi blogger personal yang menggunakan blogspot. Akhirnya membentuk satu cara komprehensif yang Mia aplikasikan pada blog Protege dalam masa singkat (bergantung kepada usaha dan kerajinan Protege, boleh jadi sebulan atau dua bulan). Alhamdulillah, blog Protege pun sekarang sudah berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Sedikit masa lagi, kedua-dua blog Mak Dara dan Protege akan berada di bawah ranking 100,000 Alexa. InsyaAllah, kalau dapat maintain aktiviti-aktriviti berblog secara rutin dan konsisten.

Mia pun tidaklah berapa mahir sangat tentang ini tetapi sentiasa usaha dan cuba untuk belajar mana yang termampu... Alhamdulillah, usaha keras selama ini membuahkan hasil.

mood syukur...