Wordless Wednesday Penyelamat Hari Ini

Nampak tak tajuk di atas ini. Macam gempak saja kan? Siang tadi Mia update blog dengan 2 entri Wordless Wednesday #17 dan #18.

Pagi tadi sebenarnya Mia agak sibuk sedikit buat troubleshooting untuk network failure dalam bilik server. Entah kenapa tiba-tiba DHCP Server meragam pula. Agak lama juga, dalam masa 2 jam baru selesai. Hafizs, juruteknik komputer pergi kursus kat Kuala Lumpur pula hari ini. Berdua saja dengan Lela menguruskan hal-hal ICT hari ini. Selepas itu, Mia menyiapkan design kad jemputan dan buat cetakan untuk event pejabat Mia minggu hadapan.

Jelesnya bila tengok ke dalam bloglist. Hati berkobar-kobar nak update. Memang tidak sempat pun nak mengarang untuk entri hari ini. Tambahan pula dalam keadaan stres dengan kerja tentu idea tidak mencurah-curah. Nasib baiklah hari ini hari Rabu... maka Wordless Wednesday telah digunakan sepenuhnya siang tadi. Lega... (alamak pecah rahsia pula).

Gembiranya.... Wordless Wednesnesday adalah penyelamat Mia pada  hari ini. Itulah kisahnya. Esok akan bermula kisah yang baru....

syukur hari ini ialah hari Rabu....