Mia akui terkadang apabila kita blogwalking dan ternampak entri tutorial yang betul-betul menarik perhatian, sudah tentu ingin mencuba sekejap. Dalam hati berkata, "Ala... tukar sedikit coding sahaja, blog tidak akan ada apa-apa lah" tanpa memikirkan kemungkinan yang akan terjadi sebaliknya. 

Tetapi apabila sudah membuat perubahan pada coding, terasa malasnya nak Preview Template (nak-nak bila HTML editor dah berubah wajah baru sekarang dengan preview blog berada di dalam editor tersebut) dan tidak sabar hendak tengok hasilnya. Maka, terus ditekan butang Save Template. Kemudian refresh paparan blog di browser.

Kalau nasib baik, output blog menjadi seperti yang diinginkan. Bagaimana kalau tiba-tiba tidak menjadi? Blog telah berubah lain (kemungkinan tidak sama template dan widget berterabur) atau ketika sedang tekan butang Save Template, internet terputus tiba-tiba. Gawat betul, bukan?

Sebab itu, betapa pentingnya untuk membuat backup terlebih dahulu walaupun perubahan yang ingin dibuat hanyalah beberapa patah perkataan coding. Janganlah memandang remeh tentang perkara ini.

Seharusnya, backup blog terlebih  dahulu di Template > Backup / Restore dan klik pada butang Download full template.



Kemudian, buatlah perubahan pada coding dengan tenang. Sekiranya tidak output yang diinginkan tidak menjadi. Bolehlah segera Restore balik blog template dengan menekan butang Choose File dan pilih fail yang kita Save tadi, dan kemudian klik pada butang Upload. Blog akan kembali normal seperti sediakala.

Mia sendiri pun buat backup sebelum buat satu-satu perubahan dan namakan template kepada aktiviti yang dibuat. Contoh seperti di bawah :


Mia tetap backup, sama ada berjaya atau pun tidak, bila buat perubahan blog. Cara ini amat memudahkan Mia dan akan senang nak rujuk fail template mana yang sesuai.

Jangan takut untuk membuat perubahan pada blog, terutamanya sekali kepada blogger baru. Memanglah kita tidak akan tahu kalau tidak mencubanya terlebih dahulu. Apabila tersilap langkah, boleh kembalikan pada yang asal. Belajar melalui pengalaman akan lebih mematangkan kita dalam dunia blog. 

Selamat makeover atau buat perubahan pada blog ya....

perkara penting yang dianggap remeh oleh sesetengah blogger...