Episod Akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Wahh.... sanggup balik cepat-cepat petang tadi semata-mata tidak mahu melepaskan episod akhir drama bersiri kesayangan Mia, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Memang best lah. Sukanya Mia. Happy ending. Mia pernah cerita di entri SINI masa drama ini mula ditayangkan di TV3.

Rupanya Firdaus adalah anak luar nikah Haji Ilham dengan Mak Fifi selepas Mak Fifi buat pengakuan sebenar pada Kirana.  Haji Ilham pernah bawa Mak Fifi untuk gugurkan kandungan, tetapi Mak Fifi tidak jadi gugurkan dan sembunyikan rahsia ini sehingga melahirkan Firdaus. Oleh kerana tidak mampu untuk besarkan Firdaus, maka ditinggalkannya di rumah Haji Ilham.

Pada masa itu, apabila Faiz dan Fifi dengar saja yang Firdaus adalah anak Haji Ilham, mereka tidak dapat menerima kenyataan dan terus keluar. Ketika bergaduh di dalam kereta, mereka telah mengalami kemalangan dan Fifi meninggal dunia di tempat kejadian. Faiz di masukkan ke wad ICU dan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat meminta maaf dengan ibu bapanya dan menyatakan Firdaus tidak bersalah. Haji Ilham jatuh sakit dan menyesal dengan segala perbuatannya, serta minta Firdaus supaya tinggal dengannya. Kemudian, Haji Ilham pun sembuh dari sakitnya.

Adam telah mengundurkan diri kerana dapat rasakan jodoh Fatin Zaharah kuat dengan Firdaus. Akhirnya Firdaus berkahwin dengan Fatin Zaharah bagi menggantikan perkahwinan Faiz dan Fifi yang tidak boleh dibatalkan kerana persiapan dan jemputan telah dibuat. Kemudian, Firdaus dan Fatin Zaharah menguruskan syarikat Ilham Enterprise. Mak Fifi pula masuk hospital sakit mental sebab tidak dapat menerima kenyataan Fifi tiada lagi. Namun Firdaus tetap sayangkan maknya dan melawat maknya.

Tentang Mira dengan Faris pula tidak banyak dikisahkan. Cuma Mira terpaksa pergi dan Faris nampaknya memang sayang kat Mira. Namun, biar takdir yang menentukan hubungan mereka nanti.

Kesimpulannya, drama ini banyak membawakan mesej kekeluargaan, kasih sayang, percintaan, pengorbanan, persahabatan dan ada unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan tauladan buat kita semua. Terbaik..

"update 9.15 malam : nama Mak Fifi ialah Salina (Mia terlupa masa menaip entri ini tadi)"

suka sangat dengan lakonan Fahrin Ahmad (Firdaus)....