Siapa anak Johor di sini? Mia anak jati Johor. Wahhh.... ada juga fakta menarik yang dikongsikan dalam fanpage Johorean. Mia berkenan pula nak kongsikan di dalam blog ini. Bagi mereka yang bukan datang dari Johor bolehlah tahu serba sedikit fakta menarik ini.




Fakta Menarik Mengenai Orang Johor 
  1. Kita tidak mempunyai loghat tersendiri. Tapi kebanyakkan ayat dalam pertuturan kami ditamatkan dengan 'ekkk'. 
  2. Apabila bercakap mengenai Johor, kita merujuk kepada Johor Bahru iaitu ibu negeri.
  3. Perkataan Johor disebut dengan bunyi Joho.
  4. Kita selalu sebut "sangap" iaitu sama erti dengan menguap.
  5. Kita mencipta Mee Bandung dan mee ini tidak ada kena mengena dengan Bandung, Indonesia atau Air Bandung. 
  6. Kita ada Gerobok atau gobok iaitu almari dan juga Gebor iaitu selimut.
  7. Hanya orang Johor sahaja yang berendut (endut). Perumpamaan untuk kekasih atau teman istimewa.
  8. Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan "anu" sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah. 

Penjelasan dan huraian daripada Mia

Perasan kan? Kadang-kadang ketika membalas komen di dalam blog ini, Mia ada gunakan perkataan 'ekk' sebagai penguat / penegasan kata sebelumnya. 

"Nak balik mana ni?". "Nak balik Johor, bang". Secara automatik semua akan tahu yang dinyatakan itu adalah Johor Bahru. Mia pun pelik juga. Tapi itulah lumrahnya.

Kalau sebut Johor rasanya memang tak dengar pun ada bunyi r kat belakang tu. Memang akan sebut Joho. Huruf r dibelakang memang tidak akan kedengaran disebut. Bila sebut sehingga ada bunyi r di belakang, terasa ganjil pula bunyinya.

"Kalau sangap tu, tutuplah mulut". Daripada mana datangnya "sangap" pun Mia tidak tahu. Dah macam pengganti kata untuk "menguap". Penggunaan "sangap" memang dah didengari sejak kecil lagi.

Mee bandung memang betul-betul makanan kesukaan anak Johor. Namanya memang tiada kaitan dengan nama Bandung yang lain. Dah memang macam tu lah namanya. Kita ikutkan sahaja. Memang sedap Mee Bandung ini, kalau datang Johor cubalah rasa. Memang terangkat.

"Minah, ambilkan tuala kat gerobok tu". Memang selalu panggil almari dengan nama gerobok atau gobok. Senang nak sebut dan dah terbiasa menyebutnya. Kalau sebut almari, macam susah, boleh tersasul kalau sebut laju-laju.

"Tu endut siapa tu?" Hah.... nama ni memang unik. Endut itu memang sebutan orang Johor yang merujuk kepada kekasih atau teman istimewa.

"Buat apa tu?". " Ala.... tengah anu ni. Belum siap lagi. Esok nak hantar". Memang orang Johor akan sebut anu bagi satu-satu kata perbuatan sambil menunjuk perbuatan tu ketika berkata anu. Jadi orang yang bertanya mudah faham. Kadang bila terleka membuat satu perbuatan, perkataan sebenar tidak sempat nak disebut maka digantikan dengan anu, yang lebih senang.

Itulah penjelasan dan huraian yang Mia dapat simpulkan di sini tentang fakta menarik mengenai orang Johor.  Ini hanyalah pendapat Mia sahaja. Mungkin orang lain ada pendapatnya sendiri. 

Selamat berkenalan dengan orang Johor ya...

mana tahu kot-kot dapat pasangan hidup dengan orang Johor ke... menantu orang Johor ke... kena tahu juga kan...