Review #10 - Blogging 101: Apa Yang Mempengaruhi Gaya Entri Seseorang Blogger?


Tahniah diucapkan kepada Farah Waheda kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Farah...

Blogging 101: Apa Yang Mempengaruhi Gaya Entri Seseorang Blogger?



Blogging 101? Tetiba kan, nak jadi "blogging guru" la pulak... Occay, stop there! Masih belum layak lagi dan masih banyak lagi perkara serta ilmu yang perlu dipelajari dalam dunia blogging ni even though it's been almost to more than 6 years now that I have my own blog...6 years? Alaa... itu cerita dulu2... dan blog2 tu dah pun di-delete dari alam maya ni... Ha ha ha...sejarahnya panjang... dari blog pertama yang bernama MyLifeCelesta, lepas tu Wedding Tickers, lepas tu Senorita Diaries sehinggalah ke Bubblynotes...tapi rasanya sehingga ke saat ini mungkin I will stick to Bubblynotes kot? Cause I love Bubbly and it suits me well... :P...

Well, berbalik kepada open topic kita pada hari ni (dah macam broadcaster-lah pulak kan ayat? occay mind me peeps...tahan ajerlah buat seketika...kalau x tahan sila click pangkah di hujung sebelah kanan browser anda! ^_^ ngeee).... Apa yang mempengaruhi gaya entri seseorang blogger? Gaya entri? Gaya entri adalah bermaksud corak entri atau dalam dunia penulisan dikenali sebagai gaya penulisan. Gaya entri ni dalam definisi saya dan di dalam konteks mesej yang ingin disampaikan di sini adalah mencakupi aspek penggunaan bahasa serta content sesuatu entry itu.

Here's the roll out of it...
  1. Latarbelakang seseorang
  2. Emosi sesorang
  3. Kekangan masa
  4. Kesihatan
  5. Ketandusan
Untuk penjelasan dan huraian yang lebih terperinci, sila terjah SINI.

Selepas baca entri Farah, Mia dapat rasakan yang Mia ini selalu tidak cukup masa, selalu update entri yang simple dan bila sudah ketandusan idea, nanti entah apa-apa lah yang di update di blog. Kadang join segmen atau giveaway daripada blogger. Kadang puas termenung lama depan laptop, tapi idea tidak muncul-muncul juga. Mulalah update apa yang ada di depan mata.

Kebanyakan entri dalam blog Mia bergantung kepada keadaan Mia masa itu. Kalau sedang emosi tentu akan luahkan di blog, kalau tidak perasan boleh jadi panjang berjela. Kalau suka sangat sesuatu itu, kadang terlalu seronok bercerita sampai jari ini pantas menaip.

Bak kata Farah fokus memang penting dan gaya entri banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang telah dinyatakan.

alhamdulillah, selesai sudah sesi review entri terbaik 10 orang pemenang Segmen Follow & Blogwalking #2.

Post a Comment

60 Comments

  1. thanks kak mia... appreciate it much much much...

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat kak Farah :) hee

    ReplyDelete
  3. betul tu kak mia. sometimes i sit in front of my laptop for long hours x tau nak update apa. i selesa blog about personal life ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. personal life paling senang nak citer kat blog... tapi takleh semua...

      Delete
  4. Yang bekerja macam saya ni, memang masa merupakan perkara yang mempengaruhi. Blk kerja dah penat nak hadap blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan hazmin... kak mia minggu ni asyik letih je bila balik kerja..

      Delete
  5. Hmm...nieza pun rasa semua kat atas tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu lah rasanya kalau jadi blogger kan nieza..

      Delete
  6. assalamualaikum mia...betul2 tu n menarik...

    ReplyDelete
  7. tahniah...kekadang yang penting waktu begitu cepat berlari walaupun entry banyak nak diedit tapi asyik tak sempat jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ya kak sukma... mia pun memang selalu tak sempat. ada lagi yang kat draft belum publish2 lagi...

      Delete
  8. wahhh, bestnya kena review mcm ni. Siap bagi komen sekali. Sya pun teringin jgk. :3

    ReplyDelete
  9. hehe..samelah kita..kdg2 tulis entri smpai 2 jam..alih2 masok draft je..huhu.:)

    ReplyDelete
  10. Samalah...saya pun macam kak mia juga. Tahniah buat semua pemenang. ^__^

    ReplyDelete
  11. tahniah kpda pemenang...penulisan kakak the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya diyan.. farah memang pandai mengarang...

      Delete
  12. hehe mmg betul apa yg cuba disampaikan farah tu....kdg2 boleh buat profiling ttg sesorg hanya dgn membaca blog beliau...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. mencerminkan peribadi orang yang menulis tu...

      Delete
  13. Huhu...sama mcm yg wan rasa selama ni. fator yg paling bermasalah ialah dr segi masa. Semua kena jalan serentak dan kalau kita miss, maka effect benda yg lain jugak...sebab blog ni mcm kehidupan jugak.

    ReplyDelete
  14. tahniah buat farah yer

    ReplyDelete
  15. sama la ngan saya kak..kalau dah xde idea, mula la penuh segmen.. tp kalau ada mood nak bercerita, mcm2 blh keluar ceritanya..

    ReplyDelete
  16. Hehe..'Pernah juga takde idea langsung! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia pun sama juga.... last2 update yang merapu je... huhuhu

      Delete
  17. masa.. tu yg faktor kekangan plg kuat bagi sy kak mia. payahnya nk urus masa berblog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupppp.. masa memang amat mencemburui kita... huhuhu

      Delete
  18. Bagi akak, faktor kekangan masa amat mempengaruhi entri di blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak salmi.. sebab kita ni ada keluarga dan kerjaya...

      Delete
  19. dah kenal dah dengan ci bubbly ni hehe

    ReplyDelete