Simptom Awal Gangguan Jin


Simptom Awal Gangguan Jin

Mia cukup tertarik dengan topik ini apabila nampak rakan facebook share dan terus Mia berkenan nak kongsikan di dalam blog buat rujukan semua. Gangguan jin juga sebenarnya bahaya dan boleh memudaratkan kita. Kita kena sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku secara mendadak dan pelik sama ada pada diri sendiri, keluarga atau rakan sekeliling. Kemungkinan besar datangnya daripada gangguan jin.

Jika benar-benar terjadi hendaklah segera berjumpa dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. 

Sekadar panduan kita bersama. Gejala-gejala atau simptom awal gangguan jin.
  1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar ke atas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  19. Malas beribadat.
  20. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  21. Panas baran.
  22. Sikap berubah secara mendadak.
  23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  24. Suka melakukan tabiat buruk.
  25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  26. Kerap keguguran.
  27. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  28. Mengantuk bila dengar al-quran.
  29. Bermimpi seram yang menakutkan.
  30. Darah haid turun lebih 15 hari.
  31. Batuk yang berpanjangan.
  32. Selalu ditindih ketika tidur.
  33.  Kuat berangan.
  34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  35. Nafsu seksual yang melampau.
  36. Selalu melihat kelibat di rumah.
  37. Terasa diri selalu diperhatikan.
  38. Mandul.
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  40. Melihat jin secara terus.
  41. Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

sumber : facebook

sentiasa berzikir...

Post a Comment

62 Comments

  1. memang betul tu kak mia... zikir tu pelindung diri... thanks for sharing kak...

    ReplyDelete
  2. cik siti susah sgt nk tdo mlm...huhu...

    ReplyDelete
  3. woooo byk nyer tanda2 tu kat saye :/

    ReplyDelete
  4. nice sharing..ayat kursi pun boleh diamalkan!

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang kita ingatkan sakit yang kita alami hanyalah masalah kesihatan biasa tanpa kita sedari yang kita diganggu oleh jin. Rawatan awal tu memang amat penting. Terima kasih atas perkongsian ini Mia.

    ReplyDelete
  6. saya bersyukur dapat berkongsi ....semoga kita dilindungi oleh Allah...

    ReplyDelete
  7. Baru beberapa hri terbaca mengenai nie..thabks for sharing

    ReplyDelete
  8. Thanks for info... pergi jejauh ko jin...

    ReplyDelete
  9. byk jugak tanda2nya tu....terima kasih utk perkongsian ini...

    ReplyDelete
  10. terima kaish kakmia berkongsi... semoga kita semua dijauhkan dari gangguan jin

    ReplyDelete
  11. semoga kita dilindungi oleh Allah , terima kasih atas perkongsian kak mia ^__^ walaupun orang sekadar pandang remeh temeh tapi benda ni sangat penting.

    ReplyDelete
  12. dalam semua banyak yang saya alami. terima kasih kak mia sebab kongsi zikir. :)

    ReplyDelete
  13. semoga mendapat menafaat... terima kasih kongsi entri ini, berguna sangat.

    ReplyDelete
  14. semoga kita slalu di lindungi Allah..aamiin

    ReplyDelete
  15. Nice sharing kak..
    Jom sesama berzikir..
    Moga dijauhi dan dilindungi dari gangguan jin..
    Insyaallah...

    ReplyDelete
  16. kena sampaikan pada adik akak tu.. anaknya masih tak berhenti2 menangis dah mcm sawan tangis dah dr lahir sampai sekrang.. Tks miaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang pun kak.. cepat2 lah bawa pergi berubat kat mana2 ustaz... kesian asyik nangis je tu..

      Delete
  17. very few of the symptoms above tu sy ada alami huhu :/

    ReplyDelete
  18. Nice sharing.. baru tahu tentang ni.. :)

    ReplyDelete
  19. tq share kak mia..MV ada baca sebelum ni

    ReplyDelete
  20. Waaaa! Aina selalu mimpi benda yg menyeramkan! :(

    ReplyDelete
  21. perkongsian yang berilmu dan kita haruslah berzikir bagi mengelakkan gejala jin....

    ReplyDelete
  22. harap dijauhkan hendaknya.....takutkan Mia

    ReplyDelete
  23. perkongsian yg baik ni kak mia, sama-sama kita lindungi diri dan keluarga dan mohon peliharaan dariNya

    ReplyDelete
  24. Kalau dulu2..adik saya asyik menangis je..Memang terus bawa berubat. Saya copy ye kak mia. ^__^ Terima kasih.

    ReplyDelete