Sebenarnya, Mia tengah ada mood nak membelek coding blog. Bila rasa dah tak berkenan dengan rupa tabber widget yang lama, mulalah Mia buat perubahan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

Kali ini Mia tukar tabber widget jadi seperti di bawah ini...


Cbox ditukar kepada style classic red. Biar nampak sewarna sahaja semuanya. Penggunaan color tetap dikekalkan kepada yang asal. Bila dipandang, semakin ceria layout tabber widget ini.

Mia suka tengok tabber widget dalam design yang macam ini? Anda pula bagaimana pula? Tentu rasa seronok nak shout di Cbox selepas ini, bukan? Jangan stres ya bila datang ke sini. Kena happy selalu, barulah senang nak baca entri dalam blog ini.  (^_^) 

selesai sudah operasi makeover blog....