Ini adalah entri balasan untuk Entri Khas - Berdating Dengan beLogger Mialiana.com. Kata orang kalau jiran sebelah, bolehlah berbalas mangkuk tingkat. Kalau blogger nampaknya hanya boleh berbalas entri. Amboi-amboi tajuk entri yang betul-betul gempak. Betul-betul bikin panas ni. Tiba-tiba jadi segan pula Mia.

Sebenarnya Fakhrul ada minta Mia tolong ajarkan bagaimana hendak register dengan Google Feedburner dan setting kan ke blog. Kadang-kadang apabila blog feed bermasalah, memang kena synchronize kan balik semula. Alhamdulillah, sesi tunjukajar telah pun selesai dan Fakhrul telah pun buat dengan jayanya. Tahniah ya...


Ayat yang paling tak tahan tu... berdating. Memang pun kami berdating tapi hanya di facebook sahaja....