Sejak menggunakan aplikasi android Bloggeroid, Mia rasa cukup puas hati apabila hendak update blog (buat entri baru) secara mobile. Setakat ini tiada masalah yang dihadapi tidak seperti aplikasi yang Mia gunakan dulu.

Ada 3 ruangan di dalam aplikasi Bloggeroid ini. Bahagian yang di atas sekali ialah untuk tajuk entri. Bahagian yang di tengah ialah untuk editor, tempat untuk menaip entri. Bahagian di bawah sekali ialah untuk Labels, kategori entri.

Kalau perasan, masa mula nak buat entri baru, ada ditunjukkan format tag yang mudah untuk Bloggeroid ini. Walaubagaimanapun, Mia lebih selesa menggunakan standard tag dalam HTML.

Tag HTML yang Mia selalu gunakan ialah :

<div align="justify">teks entri anda</div>
Untuk menyamakan hujung teks entri di sebelah kiri dan kanan supaya mempunyai lebar yang sama. Entri akan menjadi kemas.

<center>gambar atau teks entri</center>
Untuk meletakkan gambar atau teks entri ke bahagian tengah. Selalunya Mia guna untuk gambar. Kalau gambar di sebelah kiri, akan nampak tidak seimbang pula nanti.

<a href="link ke entri/url lain" target="_blank">teks yang ingin di linkkan</a>
Untuk meletakkan link ke entri lain atau URL lain. Apabila ditekan link URL tersebut, entri tersebut akan terpapar di tetingkap yang baru.

Bagi kegunaan tutorial ini, Mia gunakan gambar yang di printscreen di handphone semasa update entri pagi tadi, Tukar Charger Handphone Baru.

Cara-caranya ialah :

Mulakan buat karangan entri baru dengan memasukkan tajuk dan menaip ke dalam ruangan editor.

Tekan pada butang Menu di handphone dan selepas itu, masukkan gambar dengan menekan butang Add Image.

Gambar telah berjaya dimasukkan selepas tag image muncul di ruangan editor. Teruskan menaip entri sehingga selesai dan masukkan Labels untuk entri tersebut.

Kemudian, masukkan tag html untuk link kan ke entri atau url yang berlainan.

Selepas itu masukkan tag div align untuk menyamakan teks di sebelah kiri dan kanan.

Kemudian di penghujung teks (sebelum tag image), tutuplah tag div tadi. Untuk gambar pula, gunakan tag center supaya posisi gambar akan berada di tengah entri. Selepas selesai, tutupkan tag center tersebut.

Kemudian untuk teks entri seterusnya, masukkan tag div align dan kemudian tutup tag div tersebut di penghujung teks entri.

Jika anda perasan, Mia ada masukkan coding imej nota kaki yang telah pun disimpan di dalam aplikasi Memo. Senang... tinggal copy dan paste ke dalam entri ini.

Sila semak semula ejaan dan tag html yang telah dimasukkan tadi dengan teliti. Pastikan semua tag ada penutupnya.

Selepas itu, sila tekan butang Publish.


Boleh buat pilihan anda sendiri. Selalunya Mia akan pilih untuk tick pada "posted from Bloggeroid" dan Save post to SD (sekiranya ada masalah semasa Publishing dan entri tidak berjaya dimasukkan ke dalam blog, boleh ambil semula dari SD)

Kemudian, tekan Publish.


Selepas entri berjaya dimasukkan ke dalam blog, boleh tekan pada Show in Browser untuk terus melihat entri terbaru yang dihasilkan di dalam browser.

Selamat mencuba.. (^_^)

Mula-mula memanglah terkial-kial nak update blog secara mobile. Tetapi lama-kelamaan akan terbiasa dan terasa mudah dan menyenangkan...

Terkini (Updated 28/9/2013)
Untuk gambar, tidak perlu letak tag center lagi sebab bloggeroid akan center kan gambar secara automatik.

Entri berkaitan :
Guna Memo Untuk Simpan Coding HTML