Hari ini Mia menghadiri Hypertext Markup Language (HTML) Training di Skali Web Services, Sentul, Kuala Lumpur seperti yang telah dimaklumkan dalam entri Kursus HTML Minggu Depan sebelum ini. Kelas pembelajaran bermula dari pagi sehinggalah petang. Ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai agensi dalam beberapa kementerian. Semuanya orang ICT.

Walaupun mungkin ada yang sudah pandai HTML tapi sekurang-kurangnya boleh refresh balik ingatan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan tentang HTML. Mia suka kalau sentuh bab-bab coding ni...

Sempat ambil gambar dan update blog sementara menanti kelas bermula untuk sesi petang...










Kami guna Notepad++ sebagai html editor. Jenuh juga nak menaip sambil copy paste coding. Paling suka bila output yang diingini menjadi seperti yang diharapkan. Senyum panjang lebar...


Entri berkaitan :
Jadual Kursus Transfer Of Knowledge Website Development
Published with Blogger-droid v2.0.10