Dalam kita mengejar apa yang kita impikan dan apabila kita telah berjaya mendapatkannya dengan usaha yang gigih, dinasihatkan jangan mudah lupa diri dan alpa. Sama-samalah kita beringat. Kita ini sebagai manusia tidak akan terlepas dari dugaanNya. Begitulah lumrah kehidupan di dunia ini.

Kita diuji dengan kesenangan dan kemewahan. Apa yang kita nak, semuanya dapat. Ini pun dugaan juga. Untuk menguji sama ada kita lalai atau pun tidak kepadaNya. Harus ingat, apa yang kita miliki sekarang ini bukannya hak kita yang kekal. Bila-bila masa ianya boleh ditarik balik. Tidak mustahil, hari ini kaya dan esok pula akan jadi miskin.

Kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Apa yang kita nak, sukar untuk dapat. Dugaan ini memang menguji kesabaran dan harus dilalui dengan tabah. Kerana Dia amat mengetahui segalanya. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Berdoa dan berusaha untuk berjaya. InsyaAllah dengan keizinanNya, kita juga mampu mengatasinya.

Jangan mudah lupa diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ketika suka, ketika duka... Ketika sihat, ketika sakit... Ketika senang, ketika susah... Sentiasalah ingat kepadaNya. Sebaliknya, secara tidak sedar, ianya boleh menjuruskan diri kita kepada pengaruh syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita. Akibatnya, diri sendiri yang akan rugi. Mohon dijauhkan dari kita semua....

Di sini Mia kongsikan ayat 160 Surah Al-Imran...


Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ( Surah Ali Imran : 160 )

Sentiasa bersyukur di atas apa yang kita ada. Jangan biarkan diri hanyut dengan arus kemodenan dunia ini. Hidup ini perlu ada keseimbangan di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya...

 tiba-tiba Mia terasa nak mengarang entri ini... sekadar peringatan...