Hari ini Mia dan Suami Mia dah bercadang untuk keluar mengundi dalam 12.00 tengahari di Dewanraya Taman Universiti dan beranggapan pada masa itu tentu orang sudah tidak ramai. Mula-mula Suami Mia mengundi dahulu sementara Mia jaga Sofea di luar dewan. Selepas selesai, Mia pula yang pergi mengundi dan Suami Mia pula yang jaga Sofea.

Sangkaan kami meleset apabila sampai di sana dan rasa kecewa sebab orang masih ramai sehingga beratur di luar dewan. Kami  ke kaunter luar untuk semakan dan mengambil keputusan untuk hantar Sofea ke rumah neneknya (Mak Suami Mia) yang berdekatan dengan Taman Perling. Kami terus beredar tanpa sempat mengundi sebab hari dah nak mula hujan. Kesiankan Sofea. Nanti dia meragam dan rasa tidak selesa menunggu dengan keadaan yang sebegitu.

Sofea merajuk bila dah sampai rumah neneknya sebab dia dari minggu lepas sibuk nak mengundi bila nampak iklan di televisyen dan bendera parti di tepi jalan. Nasib baik, keluarga Mertua Mia telah mengundi sebelah pagi tadi. Selepas hujan reda, kami terus bergerak semula ke Taman Universiti untuk mengundi. Jarak perjalanan dalam 8 hingga 10 kilometer. Bila sampai dalam pukul 2.30 petang, alangkah gembiranya di hati ini, orang ramai telah berkurangan dan kami terus masuk ke dalam dewan dan pergi ke Saluran 6. Terasa janggal betul apabila jari telunjuk dicalitkan dakwat kekal berwarna biru. Selepas mengundi untuk Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya, tanggungjawab kami kepada negara Malaysia telah selesai. Syukur, alhamdulillah. Sempat juga bergambar sekejap di luar dewan sebelum pulang..




Kami segera balik, takut Sofea marah kalau tinggalkan dia lama-lama di rumah neneknya. Selepas ini, hanya perlu tunggu keputusan penuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) 2013 pada malam ini. Tetap sabar menanti...

pada pilihanraya sebelum ini, lokasi mengundi kami di sekolah tetapi tidaklah ramai sangat pada masa itu...
Published with Blogger-droid v2.0.10