Alhamdulillah... hari ini dapat juga Mia makan tengahari bersama Kak Aida di Johor Jaya. Terubat segala kerinduan. Mia dan Suami Mia ada urusan dan ingin singgah sebentar melawat Kak Aida. Kebetulan Kak Aida sekeluarga sedang makan di kawasan foodcourt berdekatan CIMB Bank.

Kami terus join dan makan tengahari sama. Dapat jugalah bertanya khabar dan lihat perkembangan kesihatan Kak Aida yang semakin positif. Kak Aida semakin ceria berbanding masa melawatnya di Regency Specialist Hospital.




Kami makan nasi campur. Alhamdulillah... kenyang.

tak sabar rasanya nak tunggu Kak Aida naik kerja....