Tidak terucap dengan kata-kata apabila melihat video Sofea yang dirakamkan oleh cikgunya semasa Sambutan Hari Guru pada Jumaat lepas. Semalam, cikgunya baru upload dalam facebook dan tag Mia dan Suami Mia.



Video ini adalah hadiah yang tidak ternilai rasanya selain daripada menerima Kad Ucapan Selamat Hari Ibu daripada Sofea. Hampir mengalir air mata dibuatnya...

Jom tengok...


Wah... terkejutnya.. Mia tidak sangka... Terharunya... Walaupun kata-kata Sofea ini simple tetapi cukup mendalam maksudnya. "Sweetnya video ni.... mama sihat sayang... terima kasih ya.. Love you so much dear...."

video pertama Sofea.. ketika ini berusia 3 tahun 9 bulan...