Mulai malam ini, mood Mia bertukar kepada sangat-sangat busy. Esok Mia ambil cuti. Hari Sabtu ini Mia perlu hadiri Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41.




Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mia berusaha untuk belajar mana yang termampu. Susah hati dan risau pun ada juga ni. Walaupun sekadar membaca untuk tambahkan pengetahuan am tentang teknologi maklumat dan buat latihan matematik. Namun, hati ini cukup berdebar-debar...

Untuk makluman, Mia sediakan entri autopublish untuk hari esok dan lusa buat tatapan pengunjung blog ini yang dikasihi....

tolong doakan Mia ya.... tiba-tiba terasa macam nak pergi berperang je...

Entri berkaitan :
Persediaan Menghadapi Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

posted from Bloggeroid