Semalam, Mia telah mencari tips, bahan dan contoh soalan peperiksaan di google dan bing search engine dan download dokumen pdf yang berkaitan. Jenuh juga mencari di merata-rata web. Main copy sahaja mana yang ada sebab Mia pun tidak berapa pasti soalan jenis yang macam mana akan keluar nanti.

Panduan peperiksaan telah pun dibaca berulangkali demi pemahaman yang jelas dan format soalan pun telah diketahui. Kena banyak membaca dan banyakkan pengetahuan tentang teknologi maklumat di Malaysia. 

baru sebanyak ini bahan yang Mia cari

Nasib baik Mia ada pengalaman masa menjawab Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 tempohari. Sebagai persediaan walaupun last minute, Mia buat latihan matematik dengan mengira secara cepat dan dapatkan jawapan yang betul tanpa penggunaan kalkulator. Untuk soalan esei bahasa melayu dan bahasa inggeris pula, Mia jawab soalan yang berbentuk pendapat dengan membuat pengenalan, isi (4-5 penghuraian beserta contoh) dan penutup. Untuk pengetahuan am, Mia baca hal-ehwal dalam dan luar negara dan tentang kerajaan Malaysia. Syukur, alhamdulillah Mia lulus kali pertama dan sekarang masih menunggu panggilan temuduga untuk PTD.

Bagi Mia, mungkin agak berbeza sedikit dengan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 kali ini, kecuali bahagian matematik. Namun begitu, Mia cuba belajar mana yang patut tentang teknologi maklumat. Yang penting kena buat persediaan dan tidak boleh memandang ringan tentang ini.

berdebar-debar ni... lagi beberapa hari sahaja...

Entri yang berkaitan :