Wahhhh.... sedapnya makan buah epal merah. Memang kegemaran Sofea.




Bagusnya kalau dapat makan satu biji satu hari untuk kesihatan kita. Banyak khasiat dan kelebihannya. Ianya mengandungi serat yang tinggi, agen antioksidan, vitamin C, vitamin A dan vitamin B Kompleks.

Kat rumah ini memang sentiasa ada stok epal merah untuk dimakan begitu sahaja.

Sebagai wanita, tentulah Mia suka makan buah ini sebab boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki tekstur kulit. Selain itu pula boleh melembapkan kulit yang yang kering. Inilah sebab yang paling penting bagi Mia.

Sebenarnya banyak lagi khasiatnya sehingga "an apple a day, keeps the doctor away" boleh ada. Memang betul, bila dah makan secara konsisten akan terasa kesihatan bertambah baik secara tidak sedar...

Jemputlah makan epal merah ya......

baru siap dibersihkan dari rendaman food wash...

posted from Bloggeroid