Ingat tak tempohari Mia asyik berangan sampai tidur pun tidak lena, makan pun tak kenyang, mandi pun tak basah. Ada Mia cerita dalam entri SINI.

Akhirnya semalam, Suami Mia ajak pergi Aeon Jusco Bukit Indah di samping membeli-belah barang keperluan Sofea dan dapur, rupanya dia bawa Mia singgah ke kedai Authorised Dealer Samsung. Bertambah senyumlah Mia. Ada agenda tersembunyi rupanya.

Mulalah Mia belek Samsung Galaxy Note 3 yang ada untuk testing. Memang best lah. Lebih baik dari S4. Memang berkenan sungguh ni. Maklumlah Mia memang sentiasa online untuk berblog. Jadi, kalau beli kiranya hadiah untuk blog ini, mialiana.com

Selepas fikir masak-masak, Mia dan Suami Mia pun setuju nak beli terus. Mia nak warna putih. Tapi stok yang ada, warna hitam. Maka, terpaksalah booking dahulu dengan bayar deposit. Hari Isnin petang baru boleh ambil. 


Dari angan-angan dah bertukar menjadi realiti. Semuanya untuk blog ini. Syukur sangat. 

alhamdulillah.... hasil datang dari blog untuk kegunaan blog..