Seperti biasa pagi tadi Mia panaskan enjin kereta terlebih dahulu. Selepas siap semuanya, terus pandu kereta kesayangan menuju ke pejabat.

Sedang menikmati celoteh dj radio era, pandangan Mia terganggu. Oh! tidak... baru perasan minyak kereta dah habis. Siap blinking lagi.



Relaks. Jangan panik. Terus Mia pergi ke stesen minyak yang berdekatan dan isi minyak RM20. Kalau banyak nanti lambatlah siap. Masa sangat mencemburui di kesibukan waktu pagi.

Mujur pagi tadi jalan raya tidak begitu sesak dan tiada kemalangan yang berlaku. Kalau tidak, memang tidak sempat sampai ke pejabat sebelum pukul 8.00 pagi. Faham-faham sahajalah kan... jalan dari arah Skudai menghala ke bandar Johor Bahru...

Dulu masa anak dara terlalu prihatin pada kereta. Sejak dah bergelar isteri sudah kurang nak ambil tahu hal-hal kereta. Suami yang uruskan semuanya. 

Syukur... selamat punch card jam 7.56 pagi tadi...

jangan cari pasal... lebih-lebih waktu pagi nak pergi kerja...
posted from Bloggeroid