Semasa menginap di Ruemz Hotel @ Taylor's University Lakeside Campus, Mia cukup tertarik dengan satu kemudahan yang disediakan berdekatan dengan medan selera makan. Eh! Ada pula kiosk untuk MyTeksi yang menyediakan perkhidmatan tempahan teksi secara online dan juga boleh dengan hanya menggunakan smartphone kita. Cukup menarik ni.


Memang memudahkan. Tidak perlulah kita sibuk-sibuk nak cari nombor telefon teksi di kawasan kita dan buat panggilan. Aplikasi MyTeksi menggunakan fungsi GPS dan juga memerlukan pelan data internet. 

Jom kita tengok aplikasi MyTeksi yang telah Mia gunakan melalui smartphone Mia.... printscreen mana yang sempat sahaja...






Mia difahamkan oleh pemandu teksi, perkhidmatan MyTeksi hanya meliputi kawasan Lembah Klang sahaja. Pendek kata amat memudahkan. Kita boleh lihat kedudukan teksi-teksi yang berdekatan, teksi mana yang mengambil tempahan kita, perjalanan teksi itu ke tempat kita, butiran pemandu teksi dan sebagainya. Semuanya lengkap. Tidak perlu susah-susah nak buat panggilan telefon.

perkhidmatan sistem tempahan pengangkutan di hujung jari yang menyenangkan...