Hari ini Hafizs baru naik pejabat selepas outstation 2 minggu di Korea mengikuti satu program anjuran JPA. Ada ole-ole untuk staf unit ICT. Rezeki kami dapat fridge magnet dari Korea. Untunglah dapat jalan-jalan ke sana. Seronoknya bila dia tunjukkan gambar-gambar lawatan semasa di sana dan bercerita tentang makanan, budaya dan kehidupan di dalam rumah yang serba hi-tech. Nak guna tandas pun main tekan-tekan untuk keluarkan air. Memang best katanya. Kami yang mendengarnya rasa teruja sekejap

Mia punya yang warna pink itu.... lawa kan? Dikepit oleh fridge magnet yang warna biru, untuk Aqhmar dan Nasuha. Alhamdulillah, tambah lagi koleksi fridge magnet di peti sejuk Mia.

suka sangat warna pink... (^_^)


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi