Hari ini dan esok, Mia dengan Kak Pah, Anis, Ma'som dan Ina ada Kursus Penulisan Minit Mesyuarat di Wisma Tani, Putrajaya. Ramai yang hadir. Rasanya dalam 40 orang terdiri daripada pegawai dan penolong pegawai.

Seronok belajar selok-belok tentang penyediaan minit mesyuarat yang betul, mesyuarat yang berkesan, simulasi mesyuarat dan etiket mesyuarat. Banyak teori, itu yang ngantuk sedikit. Tetapi penceramah pandai hidupkan suasana.

Jom tengok gambar kami hari ini...







Memang best. Esok kami ada latihan simulasi mesyuarat. Alhamdulillah... tambah lagi ilmu di dada. (^_^)

update blog dulu sebelum jalan-jalan cuci mata kat Jalan Masjid India....