Alhamdulillah... masih bernafas lagi kita di lembaran yang baru. Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam Islam. Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Ianya berlaku pada 1 Muharam iaitu tahun baru di dalam Takwim Hijrah.

Di kesempatan ini Mia ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435H kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Jadikan Awal Muharam ini sebagai titik permulaan untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik. InsyaAllah...

hayatilah maksud penghijrahan yang sebenarnya.....