Mia teringat pula masa mula-mula berblog, bila berblogwalking... ada terjumpa blog yang letak blog sendiri di bloglist. Masa itu tertanya juga kenapa ya... Maklumlah kita ni dalam kategori newbie manalah ada blog lain yang nak masukkan blog kita dalam bloglist mereka. Kecuali kalau join segmen bloglist... barulah ada. Itupun punyalah bangga bila blog kita dalam bloglist orang.... rasa macam nak melompat-lompat... gembira sangat...

Segannya Mia. Tapi itulah lumrah kita bila berblogging ini. Terasa satu perasaan yang begitu sukar nak diluahkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah alami sahaja yang tahu macam mana...


Lama-lama kelamaan barulah Mia tahu yang ianya macam indikator pada kita setiap kali update blog. Adakah blog kita dah di update dalam bloglist orang lain? Kalau tak letak blog sendiri di bloglist, payah juga. Bila update blog nak kena semak kat bloglist orang lain sama ada blog kita sudah update ke belum... nak-nak macam musim sekarang ini bila ramai blogger menghadapi masalah feed blog yang tidak update. Memang patut letak blog sendiri di bloglist.

Apa-apa pun... kalau ia memudahkan, lebih baik kita buat. Senang nak tahu juga, siapa yang baru update blog selepas atau sebelum kita... 

Mungkin ada lagi kelebihannya. Cuma Mia hanya dapat huraikan yang ini sahaja. Sekadar perkongsian ala-ala santai dari Mia...

mood.. back to the past.....