Letihnya hari ini, Mia tertidur awal tadi. Ni terbangun sekejap, uruskan apa-apa yang patut dan nak update blog dulu. Kemudian tidur semula.

Sebenarnya, bila usia dah semakin meningkat ini, bila outstation akan terasa begitu letihnya. Apa tidaknya, semalam tengahari gerak ke Kuala Lumpur. Tiba sana petang. Tadi tengahari gerak ke Johor Bahru selepas selesai mesyuarat dan sampai petang tadi.

Johor Bahru -> Kuala Lumpur -> Johor Bahru

Mujurlah dapat naik kenderaan pejabat. Dapat jugalah lelapkan mata. Tapi yang tak tahan tu bila duduk lama-lama, pinggang dan belakang badan terasa sakit. Memang letih dan penat. Kalau dapat kena urut badan ini, alangkah bestnya....

nak rehat secukupnya.... esok kerja....