Badan rasa segar bila dah diurut petang tadi. Selalunya Mia pergi urut satu badan di Larkin. Lamanya urut selama 1 jam. Sofea pula akan tumpang urut sekali. Kalau Sofea, urut biasa sahaja sebab masih kanak-kanak lagi.

Beberapa hari yang lepas, Mia ada mengemas dan mengangkat barang sebab ada kerja-kerja renovasi di pejabat. Semalam dah rasa lain macam bila badan rasa penat dan letih serta perut agak kurang enak. Rupanya peranakan terturun sedikit. Bahaya juga kalau perempuan angkat barang-barang berat ini. Hmmm...



Nasib cepat pergi urut... kalau dibiarkan boleh demam dibuatnya..

penting juga pergi urut.....
posted from Bloggeroid