Pagi tadi Mia ada mesyuarat di LKIM Pulau Meranti Puchong. Habis tengahari terus gerak balik Johor Bahru. Semasa dalam perjalanan pulang, sempat singgah Pekan Ayer Hitam nak beli putu bambu. Memang sedap dan ramai orang pula tu. Terpaksa tunggu agak lama. Famous tempat ini dan lokasinya betul-betul dekat dengan simpang empat dan balai polis lama.


Sekali beli terus dua set. Ada 12 semuanya dan berharga RM 6.00. Puas hati bila makan. Tak kisahlah jauh mana sekalipun. Lagipun putu bambu ini memang kegemaran Suami Mia.

baru sampai rumah di Johor Bahru, terus update blog secara mobile... (^_^)