Wahhh... tajuk entri ini macam menarik je kan? Mia nak kongsikan pengalaman Mia tentang keseronokan berblog ini.

Seronoknya berblog bila...

  1. Berjaya buat blog sendiri walaupun terkial-kial pada mulanya
  2. Berjaya buat entri pertama di blog walaupun tiada siapa yang bacanya
  3. Terima komen daripada pengunjung walaupun satu patah perkataan saja
  4. Dapat income daripada blog, sukanya tak terkira macam nak lompat-lompat walaupun dapat 2 angka saja
  5. Bilangan follower bertambah dari aktiviti blogwalking, join segmen, giveaway atau contest
  6. Blogger lain blogwalking ke blog kita, rasanya macam nak sepantas kilat pergi membalas kunjungan
  7. Berjaya ikut tutorial dari mana-mana blog untuk edit blog sendiri supaya cantik
  8. Berjaya dapat sambutan yang menggalakkan bila buat segmen atau contest walaupun hadiah tidak sebesar mana
  9. Dapat sponsor produk atau perkhidmatan untuk di review di blog
  10. Menulis entri dengan senang dan mudah ketika idea mencurah-curah
  11. Semua entri di blog di index dan mudah dijumpai dalam enjin carian
  12. Adanya pengunjung tetap yang setia yang sentiasa memahami kita di kala susah atau senang
  13. Dapat jumpa rakan blogger di alam nyata
  14. Dapat bayaran melalui ruang sewa iklan dan advertorial (sponsored post) di blog
  15. Dapat tolong rakan blogger yang menghadapi masalah blog
  16. Segmen copy paste yang diperkenalkan kini menjadi ikutan ramai blogger. Paling suka sangat yang ini
  17. Baca komen-komen pengunjung di entri blog menandakan ada respon dari pengunjung
  18. Dapat berinteraksi dengan pengunjung melalui ruang komen entri, fanpage, twitter, google+ dan instagram
  19. Protege yang dididik berjaya menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan dan berada di bawah ranking 500 Malaysia
  20. Dapat wujudkan komuniti mialiana.com yang mesra, meriah dan kenal antara satu dengan yang lain.
Nampaknya itu sahaja yang Mia boleh fikirkan buat masa ini. Mungkin ada sesiapa boleh menambah jika ada...

hakikatnya memang seronok bila berblog..