Tadi pagi Mia update wall status facebook Mia dengan keadaan yang agak kecewa. Boleh baca kat gambar printscreen di atas.

Kadang ada yang cop blogger sombong bila tolak tawaran lumayan dari advertiser (pengiklan). Bukan itu sebenarnya yang blogger cari. Macam Mia, Mia selalu berhati-hati tidak mahu terjadi seperti blogger-blogger lain.

Kadang advertiser hanya pentingkan diri sendiri dan sentiasa pandang rendah pada blogger. Walaupun blogger itu ada kerjaya tetap yang profesional. Sekarang ini.. golongan profesional pun ada blog sendiri.

Ingat dengan bayaran yang lumayan boleh beli blogger? Oh.. please... blogger pun ada maruah juga. Jadi bila ada advertiser sebegini, sila semak butiran perjanjian (agreement) dengan betul. Kalau ianya lebih berat kepada advertiser, tidak perlulah nak susahkan diri sendiri.

Dalam kes ini, Mia dengan rela hati melepaskan RM 2000 sebulan pergi. Sebab tahu kemampuan Mia. Mia ada komitmen kerja dan keluarga. Syukur sangat, telah ditunjukkan keadaan sebenar yang advertiser ini tidak boleh nak toleransi sebelum sign agreement. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Eyriqazz yang inbox facebook Mia, berikan pandangan dan nasihat kepada Mia. Barulah rasa lega sedikit hati ini.

Entri ini tidak berniat untuk burukkan sesiapa tetapi sekadar luahan Mia saja.

tidak mengapa... yang penting kita happy berblog... (^_^)


Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Dah join ke belum? Hari ini hari terakhir. Cepat ya, sebelum 11.59 malam ini.