Cara Bayaran BR1M 3.0 2014 : Masuk Ke Akaun Bank Penerima

Bagusnya cara kaedah pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 kali ini yang dijangka akan mula dibayar / dimasukkan terus dalam akaun bank penerima pada bulan Februari 2014. Maklumlah sekarang ini semua urusan sudah melalui online. Jadi, tidak perlulah beratur panjang-panjang seperti tahun ini, 2013 dan tahun lepas, 2012. Amat memudahkan dan menyenangkan rakyat.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan dan sumber di SINI, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

Dimaklumkan bahawa penerima BR1M yang sedia ada tidak perlu  mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank secara online.

Jika ingin bayaran dibuat terus ke dalam akaun bank, sila kemaskini / masukkan maklumat akaun bank anda secara online dengan betul di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada Pasukan Bajet 2014 melalui 03-88829089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my

Kepada yang belum lagi berbuat demikian, disarankan agar kemaskini / masukkan butiran akaun bank dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pembayaran.

menyokong penuh langkah bijak kerajaan ini...... (^_^)

Entri berkaitan :
- BR1M 3.0 2014 Dilancar Pada 22 Februari 2014