Semalam Mia masak kari ayam satu periuk. Kali ini buat pekat sedikit, kononnya nak macam kari mamak. Selepas itu Suami Mia masak ayam goreng. Dah gitu menu makanan semalam lauknya serba ayam. Peti sejuk ada macam-macam. Mungkin semalam, selera makan dan selera tekak macam kuat kepada ayam.

Sofea suka makan ayam goreng. Memang favourite dia. Sama macam dalam cerita kartun Upin dan Ipin. 

Memandangkan masak yang agak banyak kari ayam ini, petang semalam siap hantar ke rumah mertua. 

Oh ya.. Mia ada buat entri pada tahun 2011, cara masak kari ayam di SINI.

pagi ini nak sarapan lempeng, boleh cicah dengan kuah kari ayam.. (^_^)