Aduhai... patutlah bila beronline terasa agak lambatnya menunggu. Bila disemak, rupanya sudah terlebih kuota. Patutlah.

Nampaknya, pelan 3GB sudah tidak cukup untuk keperluan Mia sekarang ini. Dah semakin kerap update dan blogwalking dengan handphone sahaja. Sofea pun kadang-kadang tengok cerita kartun kat YouTube guna tethering dari handphone ini.

Masih dalam pertimbangan sama ada ingin menambah kuota ataupun biarkan sahaja. Boleh guna internet, cuma agak lambat sedikit kelajuannya. Nak update entri ini pun, makan masa juga... huhuhu

 tak sabar nak tunggu 1 haribulan, minggu depan...