Semalam petang sebelum pukul 5.00 petang, awan memang dah gelap sangat. Takutnya. Rasa macam dah nak malam. Selepas ambil Sofea dari Taska, Mia terus pulang ke rumah dalam keadaan hujan. Keadaan trafik terlalu sesak. Johor Bahru dilanda hujan yang lebat. Sambil pandu kereta sambil berzikir di dalam hati supaya tiada apa-apa buruk yang menimpa.

Nak dijadikan cerita, rupanya pada masa itu dikatakan ada kejadian puting beliung melanda Pantai Lido. Nasiblah Mia dah balik cepat-cepat. Memang menakutkan.

sumber : SINI

Kebetulan semalam Suami Mia balik kerja waktu malam. Jadi tidak perlulah Mia nak ambil Suami Mia yang mana akan lalu kawasan kejadian. Tak dapat bayangkan kalaulah Mia lalu masa macam ini, tentu takut dan mengucap panjang dalam kereta.

Syukur tiada apa-apa yang buruk berlaku semalam.

ada yang upload video puting beliung dalam youtube..