Sebenarnya kan... Mia terlalu sangat kecewa. Minta maaf jika entri ini terasa begitu personal. Entri ini juga bukan untuk menagih simpati sesiapa pun. Sila abaikan entri ini dan tidak perlulah membacanya. Ini hanya luahan dari hati Mia yang Mia rasa dah tak boleh tahan lagi kerja kat sini sebab ICT tidak penting dalam organisasi ini. 

Bayangkan kerja semakin lama semakin banyak. Nak itu.. Nak ini. Terbaru, nak guna door access dan attendance system. Tetapi orangnya hanya berapa kerat sahaja. Seorang pegawai. 2 orang penolong pegawai, seorang juruteknik dan seorang pembantu tadbir. Ditambah pula dengan kerja yang bukan ICT pun ada juga. Kenapa ya.. orang-orang macam ni asyik pentingkan diri sendiri. Tahu nak pc, notebook, kamera, ipad, internet, broadband. Pulak tu nak cover lagi satu Malaysia, bukannya satu pejabat. Banyak pejabat dan ada di kebanyakan negeri. Belum lagi dengan sistem-sistem yang ada yang perlu dimaintain. Dengan aircond bilik server yang uzur dan siling bocor. Belum lagi dengan peralatan ICT yang rosak, untuk dibaiki. Belum lagi rekod aset dan inventori untuk setiap peralatan ICT. Pengurusan stok juga. Laman web lagi. Rekabentuk grafik. Sistem emel. Buat bajet dan laporan. Sistem kad rawatan klinik dengan printer evolys yang asyik meragam. Tup-tup kena buat kad pekerja yang ada cip untuk door access. Bayangkan lah. Belum lagi kerja-kerja ad-hoc lagi. Buat video dan sound editting. Nasib ada pelajar praktikal. Itupun kena ajar mereka untuk bantu kerja-kerja Unit ICT. Kalau tak ada pelajar praktikal, tak tahulah nak cakap macam mana lagi...

Buat kerja memang ikhlas. Tetapi asyik ditindas buat itu. Buat ini. Seorang buat macam-macam benda. Tidak macam jabatan lain ada klasifikasi kerja tersendiri. Manalah larat, kan.. Bila bersuara untuk mempertahankan hak, tetapi tidak diendahkan. Dah buat penstrukturan semula kali kedua pun tidak berjaya. Gred E yang lebih diutamakan. Sangat sedih.

Setiap masa berdoa agar dapat kenaikan kerjaya ke gred 41 di tempat lain. Kat tempat sendiri dah terang-teranglah tak ada peluang. Nak tunggu berapa lama lagi. Sejak dari 2005 hinggga 2014. Gred F29. Mia dah cukup demoralise sekarang. Cukuplah sudah apa yang Mia alami ini. Dah tak tertanggung rasanya. Ikutkan hati, nak saja berhenti terus. Lebih rela kerja dengan sektor swasta. Bila dah terikat dengan pencen, macam inilah. Yang kaki bodek.. sedara mara.. boleh hidup senang lenang. Cepat naik pangkat. Yang boleh buat kerja, selamanya akan buat kerja.

Tolonglah bawa Mia pergi dari sini. Hanya blog saja tempat Mia mengadu. Dah mohon kerja mana-mana sejak 2012 tetapi tidak berjaya juga. Tahun ini tahun terakhir Mia mencuba. Kalau tak dapat juga, Mia terpaksa pergi mana-mana walaupun ke sektor swasta. Tak kisahlah kalau tak dapat pencen nanti. Yang penting Mia nak pergi ke tempat orang yang boleh menghargai ICT. Tahu kepentingan ICT.

Tiba-tiba teringat masa kerja kat Kuala Lumpur dulu di sebuah company cina yang sangat berprestij dan paling gah. Tak perlu Mia sebut di sini. Memang semua tahu company ini. Walaupun Mia seorang Melayu, tetapi layanan tetap mesra dan Bos Mia terlalu sayangkan Mia sebab semua projek yag susah, Mia boleh handle dan boleh belajar benda baru dalam masa cepat. Gaji pun memang tip top walaupun diploma lanjutan saja. Walaupun staf yang lain semuanya lepasan ijazah luar negara. Terlalu seronok sangat masa itu jadi Software Engineer. Bekerja dengan orang-orang ICT. I did really missed that moment. Bos Mia ada pesan sebelum Mia berhenti kerja dulu kerana dapat kerja kerajaan di Johor. "There could be sometimes. If it really exists in the future... If there is no one could ever appreciate you, dear.... Do come back. You are so precious to me. It's hard to let you go". Dia tahu kebolehan Mia ini boleh pergi jauh lagi. Terharunya. Jangan salah faham pula. Bukannya Mia ini bagus sangat. Mia suka berusaha dan belajar benda baru. Dari situ timbulnya pengalaman yang berharga dalam hidup ini.

Hanya blog saja yang boleh menggembirakan hati ini. Ilmu yang ada tidak pernah disia-siakan. Hati ini terlalu sangat kecewa di sini dan tidak boleh dirawat lagi. Sedang banyakkan istighfar... Mohon petunjuk dariNya...

luahan hati saja... usah dipertikaikan...