Sedang melihat sebentar berita online Utusan Malaysia, mata terus terpaut pada artikel di SINI tentang majlis pelancaran kad pegawai kerajaan. Kena ambil tahu juga kisah dalam negeri. 

Wahhh... bagusnya kalau ada kad pegawai kerajaan yang bersekuriti tinggi. Tentu lebih memudahkan bila ada kad identiti yang seragam bagi kakitangan kerajaan. Kadang ada juga yang menyamar sebagai kakitangan kerajaan. Perkara seperti ini boleh diatasi dengan adanya pengesahan maklumat secara berpusat.

Menurut sumber, kad ini dijamin keselamatannya dan menggunakan teknologi terkini NexCode, Contactless dan biometrik.

menyambut baik langkah ini dan harap dapat dilaksanakan dengan jayanya...